Pemahaman Money Management







Di dalam trading, pelbagai strategi Money Management yang digunakan, tapi disini saya nak share salah satu basic  Money Management. Perlu diingatkan Antara Sebab-sebab UTAMA kita nak mengurus wang adalah untuk survival dalam trading sendiri, dan mengurus RISIKO dan juga jangkaan.

KUNCI UTAMA adalah trade dengan Jumlah anda yang sanggup lepaskan. Amount you are willing to Lose (Risk).

Salah satu kejatuhan besar atau utama bagi seseorang trader adalah membenarkan emosi sendiri yang membuat trading decisions. Trading ni sememangnya menggunakan emosi yang tinggi kan. The moment kita klik butang  buy atau sell dekat komputer untuk trade, secara automatik degupan jantung kita meningkat 😆. Tambah2 lagi trade menggunakan Real Money. Semakin banyak Duit yg digunakan dalam trading, semakin cepat dan kuat degupan jantung (dh mcm jatuh cinta/ 1st time pergi interview)😝. Selalu macam tu lah yang pernah berlaku kepada saya.

Oleh itu, trade dengan jumlah wang yang anda sanggup lepaskan atau risikokan. Satu jumlah yang will not make.you think so much about the possibility of losing money, satu jumlah yang tidak akan sakitkan hati anda jika duit tu rugi, dan satu jumlah yang anda boleh terima untuk rugi.

Sekarang, jika anda ada 100usd , adakah anda akan sakit hati jika rugi 1$? Tidak? Bagaimana jumlah itu 2$ and 3$ and 5$, dan seterusnya?



Apakah jumlah maksimum yang anda sanggup risikokan atau rugi? Jika anda memilih 2$ maka 2% dari modal trading anda. Jika 5$ maka 5% dari Modal anda.

Now, jika anda ada $1000 sanggupkah anda untuk rugi $20( atau 2%) dari modal anda, dengan possibility menjana $30 atau $40?

Perlu diingatkan yang setiap trading decision anda buat, adalah penting memiliki Risk Reward ratio yang cun. Contoh 2:1 , 3:1.



Cc. Masta Northfxm.

KEFAHAMAN didalam sesuatu teknik seperti Supply & Demand adalah penting berbanding setup itu sendiri. Faham apa yang berlaku itulah yang penting bukan setup semata-mata.
Supply & Demand mementingkan entry yang memiliki risk yang kecil berbanding reward yang besar. Tiada istilah sesuatu setup itu valid atau tidak. Apa yang penting bagi menjana akaun yang konsisten adalah pengurusan risiko.


Contoh: 
Rajah diatas menunjukkan 3 entry yang dibuat,

Andaikan Entry 1 & Entry 2 gagal.
Entry 1 mempunyai risk 1: reward 5
Entry 2 mempunyai risk 1 : reward 5 @ reward 10
Gagal di entry 1 & 2 menyebabkan risk = 2 (kerugian)
Andaikan Entry 3 berjaya.
Entry 3 mempunyai pilihan risk 1 : reward 5 @ 10 @ 15
Jika ia berjaya pada risk 1 : reward 5 maka kerugian 2 diserap & terus keuntungan menjadi 3
Jika ia berjaya pada risk 1 : reward 10 maka kerugian 2 diserap & terus keuntungan menjadi 8
Jika ia berjaya pada risk 1 : reward 15 maka kerugian 2 diserap & terus keuntungan menjadi 13


Kegagalan entry bukanlah penyebab kegagalan segalanya.
Bagaimana kita mengawal risiko dan emosi ketika trading itulah faktor utama kejayaan & kegagalan.
Tidak ada sebab menyatakan ia setup yang valid atau tidak. Jika sesuatu setup itu boleh dikatakan valid maka sudah ramai yang berjaya dengan sekejap didalam forex. Adakah bank mengakui ia adalah setup yang valid? Fikir-fikirkan....
Apa yang penting ialah KEFAHAMAN bagi mengesan peluang-peluang trade yang sebaiknya
.

Syafiq

No comments:

Post a Comment