Belajar Forex : Long Term Trading dan Short Term Trading. Pilih Mana??
Long Term Trading dan Short Term Trading
Artikel belajar forex kali ini akan membincangkan mengenai gaya trading , jangka pendek atau jangka panjang . Antara trading jangka panjang ( long term trading ) dan dagangan jangka pendek( short term trading ) , manakah yang lebih baik ? Pada umumnya para peniaga lebih suka melakukan trading secara harian ( short term trading ) untuk mengambil target profit beberapa pips sahaja dan melakukan trading beberapa kali dalam 1 hari . Namun yang menjadi kesukarannya adalah cuba untuk konsisten mengaut keuntungan yang anda inginkan .
Kesabaran untuk mengambil 20 - 30 pips setiap hari dan mengulanginya secara berterusan akan membuat anda bosan . Dan pada akhirnya membuat kesalahan yang mengakibatkan floating loss yang besar . Jika anda boleh trade secara konsisten dengan cara menentukan target profit harian anda, maka anda akan dapat mengawal cara trading anda dan profit yang sudah ditetapkan oleh anda.
Long term trading memerlukan pengetahuan fundamental ekonomi yang sangat rumit . Fundamental ekonomi memerlukan masa yang sangat lama untuk mengenalinya . Pengetahuan mengenai fundamental ekonomi merupakan satu langkah ke hadapan , namun mengaplikasinya dalam forex trading adalah persoalan lain yang mungkin membuat anda bingung . Long term trading biasanya memerlukan tindakan yang lebih sedikit kerana momentum atau trend yang besar tidak kerap berlaku. Gaya trading seperti ini tidak sesuai bagi peniaga yang hanya bergantung kepada keberuntungan saja.Jika anda fikir balik , long term trader sebenarnya lebih banyak mendapat keuntungan daripada short term trader.
Namun tidak kira apapun alasannya , anda boleh meraih keuntungan baik dari short term trading mahupun long term trading asalkan anda punya asas pengetahuan untuk melakukan analisa secara teknikal mahupun fundamental . Antara kedua-dua system trading tersebut , manakah yang lebih baik? Tentunya ini sangat bergantung dengan gaya anda masing - masing . Yang jelas , pilihlah strategi forex anda dan lakukan secara konsisten untuk meraih keuntungan dalam forex trading . Penilaian system trading yang anda gunakan dan terus belajar forex untuk meningkatkan kemampuam trading anda .
Syafiq
No comments:
Post a Comment
NOTA Supply&Demand
S&D,Forex,Trading
XM 30USD Bonus!
About Me
Hello, my name is Syafiq. I involved this niche since 2012. The reason i create this blog is to support new traders to improve their Strategy and skill. Every analysis that i post here is not 100% accurate to follow, it is just my prediction based on my experience and knowledge.
If you have any questions to ask, freely to contact me in Facebook or Comment on my post. Thank You.
No comments:
Post a Comment